Selasa, 11 Mac 2014

Lawatan Ke Masjid Wilayah Jalan Duta


Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama diKuala LumpurMalaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan olehJabatan Agama Wilayah Persekutuan.

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.

SEJARAH
Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

SENI BINA
Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di IstanbulTurki.
 Pada 10 Mac 2014 yang lalu, Kelab Pendidikan Seni Visual SMKA Simpang 5 telah megadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Wilayah Jalan Duta. Ianya merupakan aktiviti tahunan bagi kelab ini.
























1 ulasan: