Sabtu, 12 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa SARANA dan 3K



Sarana ibu bapa diperkenalkan bagi meningkatkan interaksi ibu bapa dengan anak-anak sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa  menyumbang idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada sekolah. 

Oleh itu SMKA SIMPANG 5, Sg Besar, Selangor telah menganjurkan satu program yang melibatkan penglibatan ibu bapa bagi merealisasikan hasrat itu tercapai. 

Program tersebut ialah MAJLIS BERBUKA PUASA  SARANA 3K di kelas anak masing-masing yang diadakan pada hari SABTU 12 Julai 2014 


Berikut ialah mesyuarat bersama ibu bapa yang hadir



 Ibu bapa keluar daripada dewan dan menuju ke kelas







Ibubapa sudah berada di kelas  berbincang tentang keceriaan kelas anak mereka (3K) dan membuat persiapan berbuka puasa











Berbuka ringkas di Surau sekolah dan solat maghrib berjemaah







Berikut suasana berbuka puasa di dalam kelas.


Tuan Pengetua bersama ahli keluarga memberikan sokongan yang padu

Ada yang selesa makan bersila

Ada yang selesa makan di meja























Inilah 'orang kuat' majlis ini. 
(Kiri )- Pengerusi SARANA  ( Kanan) Pengerusi PIBG
Tahniah. ..kerana program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..