Isnin, 3 Mac 2014

Seni Lipatan Kertas

Seni Lipatan Kertas (Origami)


Seni melipat kertas atau origami sangat menarik dan cantik.
Hanya dengan sekeping kertas, pelbagai hasil seni dapat direkaciptakan.

Dengan pelbagai kaedah lipatan dan daya kretiviti, dari sekeping kertas boleh diubah kepada pelbagai jenis haiwan seperti gajah dan beruang. Dari sekeping kertas berubah kepada pelbagai jenis burung seperti merpati dan merak. Juga kepada pelbagai jenis serangga seperti labah-labah dan belalang. Ia juga boleh digubah kepada bentuk-bentuk lain seperti pasu, kotak, bintang, perahu dan sebagainya.

Sumber info :
♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Muhammad Aiman buah hati saya, Jam 3.30 petang ketika saya sedang bermesyuarat, telefon bimbit saya berbunyi. ..di talian buah hati saya minta saya belikan buku origami dengan nada sendu sambil menangis.

 Minatnya yang sangat mendalam terhadap seni adalah warisan dari saya. ...ayahandanya...selesai mesyuarat saya bergegas ke kedai buku..saya belikan 2 buah buku origami...Sebenarnya ini merupakan koleksi ke 3 dan ke 4 miliknya.



Minatnya dalam seni lipatan kertas ini semakin mendalam sejak beliau menonton Kartun Origami di Astro.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan