Khamis, 6 Mac 2014

Seni Visual Dan Pendidikan




Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. 

Dalam kehidupan seharian, kami sentiasa berjumpa dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. 

Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.





Dua aspek utama dalam sukatan pelajaran STPM Seni Visual ialah Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada empat komponen, iaitu
(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(b) Lukisan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, krayon dsb.
(c) Projek Penghasilan Karya dan portfolio yang wajib diambil oleh pelajar sekolah.
(d) Khas untuk pelajar persendirian yang akan diuji teknik penghasilan secara teori

Tiada ulasan:

Catat Ulasan