Ahad, 4 Mei 2014

Perkhemahan Unit Beruniform SMKASL - Part 1

Perkhemahan Unit Beruniform
SMKA SIMPANG 5

Tarikh : 2 - 4 Mei 2014
Lokasi : Tapak Perkhemahan Sg Pauh, 
Tanah Rata, Cameron Highland
Pahang Darul Makmur


Setelah sekian lama dirancang, segala halangan dan susah payah telah dilalui, perjalanan yang panjang dan penuh berliku...akhirnya kami sampai ditapak perkhemahan Sg Pauh ini.

Kedinginan malam yang mencengkam...menambah kesyukuran terhadap kepelbagaian iklim dan suhu ciptaan Allah..tiada kipas...tiada aircond...





































 Semoga anak-anak didik dalam pemeliharaan Allah








 Sempat melayan kerenah anak semasa murid   mendaki









Melaksanakan tugas dan tanggungjawab merupakan satu ibadah jika kita tidak mengkhianati amanah tersebut. Oleh itu untuk menjadikan tugas harian kita sebagai ibadah kena ada cara dan kaedahnya. Profesor Dr yusof Al Qardawi mengatakan bahawa kerja yang boleh dikira sebagai ibadah mestilah dilaksanakan dengan niat yang betul. Niat kita dalam melaksanakan tugas hendaklah kerana Allah SWT.

Terima kasih sahabat...atas bantuan dan keprihatinan kalian dalam menggalas tanggungjawab ini. Allah jua yang mampu membalas segala pengorbanan, susah payah dan penat lelah kalian.

Barangsiapa memudahkan urusan sesama manusia, nescaya Allah akan mudahkan urusan hidupnya. Percayalah.... Allah Maha Mengetahui. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan