Isnin, 24 Mac 2014

Cikgu Harun Mokhtar




Biodata :-
Lahir di Simpang Lima , Sungai Besar, Selangor.
Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. Isteri Shamsiah Hamjah, bertugas sebagai seorang Jururawat di Klinik Kesihatan Sungai Besar.
Pendidikan :-
1970 – 1975 SRK Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.
1976 – 1982 SMK Sungai Besar, Selangor.
1983 – 1987 B.A. In Fine Art, UiTM Shah Alam.
1987 – 1988 Dip. In Art Education, UiTM Shah Alam.

Pengalaman Pekerjaan :-

1989 – 1990 Mengajar di SMK Meradong, Sarikei, Sarawak.
1990 – 1994 Mengajar di SMB Chung Hua, Sibu, Sarawak.
1994 – 1998 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Telok
Gadong, Klang.
.
1998 – Sekarang Ketua Bidang Kemanusia SMKUngku Aziz,
Sabak Bernam.


Hadiah :-
Hadiah Utama Bakat Muda Sezaman, BSLN. (1987)
Hadiah Utama Pertandingan Melukis UiTM . (1988
Anugerah Khidmat Cemerlang ( Melintang ) KPM. (1996)
Hadiah Kedua Pertandingan Lanskap Selangor BSLSA.(2001)
Anugerah Khidmat Cemerlang Pendidikan JPNS.(2005
Saguhati MEKARCITRA 50 TAHUN KEMERDEKAAN (2007)

Pameran Perseorangan :-
Haron Mokhtar – Siri Kaseh Sayang Galeri Shah Alam.(1995)
Haron Mokhtar – In Pursuit Of Penang, The Artists’ Space,
Hotel Concorde Shah Alam.(1999)
Haron Mokhtar – Siri Atas Bawah Pusaka, Pelita Hati,
Bangsar, Kuala Lumpur.(2005)

Pameran Berkumpulan :-1986 – 2009
Menyertai banyak pameran dalam dan luar negara antaranya;

- Pameran Cat Air UiTM Shah Alam.
- Pameran akademik UiTM.
- Bakat Muda Sezaman BSLN.
- Pameran Kelantan Indah UiTM, Kelantan.
- Pameran Terbuka BSLN.
- Pameran Terbuka BSLSA.
- Pameran Lanskap, Museum Negeri Sarawak.
- Vision Art Show 10 Kia Peng Kuala Lumpur.
- Sketsa Daya Bumi KL.
- Tasik Chini, Australian High Commission KL.
- 5th Asean Youth Painting Workshop and Exhibition, NW
Singapore.
- Pahang Indah, Hotel Shangri-La KL.
- 30 Years Open Art Show, BSLN.
- Perdana III BSLN
-Tampannya Budi UKM
-Third International Art Expo Malaysia 2009



Pameran berkumpulan dalam dan luar negera 1987-2009
- Artist Collection 10 Kia Peng KL.
- Asean Travelling Exhibition Malaysia, Brunei, Indonesia,
Singapore dan Thailand.
-ASEAMBANKERS Invitational Show, BSMay Bank KL.
- Langkawi Indah BSMay Bank KL.
-Flowers, Crafts and Paintings, Dewan Suarah Sibu, Sarawak.
- Pameran Lanskap Tradisi, Bintangor, Sarawak.
- Exhibition In Buenos Aires, Argentina.
- Men on Women MIM KL.
- Philip Morris Exhibition BSLN.
- Cultural Heritage BSMay Bank KL.
- Pameran Sukan Komenwel BSLSA.
-A. Samad Said , Pelita Hati , Bangsar.
- Pameran Warisan , Pelita Hati, Bangsar.
- Saksi BSLN

Sumber info :

Antara hasil karya beliau ialah :





















Mewarna Dengan Air Kopi



Salam pagi buat pembaca blog Eksplorasi Seni Tampak. Sudahkah anda bersarapan pagi? Apakah minuman anda pada pagi ini? Teh? Nescafe? Atau kopi?

Berdasarkan gambar di atas kopi bukan saja boleh diminum tetapi juga boleh mewarnai sesuatu lukisan . Subhanallah. ..

A. Latiff Mohidin

Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban, Negeri Sembilan. Latiff menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. 



Pada pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman. Dalam tahun 1969, Latiff mengikuti kursus seni goresan/etching di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. 

Beliau mula menyair sejak awal tahun 1963 dan terus aktif berpuisi sambil mengembara pada tahun 60-an dan 70-an. Puisi beliau yang kaya dengan pelbagai imejan, metafora, serta ungkapan ringkas yang segar telah membawa nafas baharu dalam perkembangan puisi di negara kita. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tujuh buah antologi, iaitu ---Sungai Mekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang, Pesisir Waktu, Serpihan Dari Pedalaman, Rawa-Rawa dan Sajak-Sajak Dinihari --- serta tiga buku catatan seni, iaituGaris, Catatan Latiff Mohidin, dan Catatan Dua Baris. Puisi-puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Itali, Danish, dan Tamil. 


Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti “Pago-Pago”, “Mindscape” dan “Langkawi”, Latiff diiktiraf sebagai antara pelukis penting di negara ini. Beliau telah mengadakan tiga puluh pameran perseorangan di Asia dan di Eropah. Latiff pernah mempamerkan hasil karya seni lukisnya di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. 


Selain melakar, melukis, menulis, dan menghasilkan arca, beliau juga amat giat menterjemahkan karya-karya puitis pujangga, pemikir, dan ahli falsafah dunia seperti Rubaiyat Omar Khayyam, Puisi-PuisiJalaluddin Rumi, Tao Te Ching Lau Tze, Gitanjali Tagore, dan Faust Goethe


Selama menceburi pelbagai cabang seni, Latiff Mohidin menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Misalnya dalam bidang sastera, Latiff pernah memenangi Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau juga menerima Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok.










Kini, Latiff Mohidin masih lagi aktif berkarya terutama dalam bidang seni lukis.

Sumber info :

catatan-latiffmohidin.blogspot.com/p/biodata-pengarang.html?m=1

Al Marhum Datuk Syed Ahmad Syed Jamal


Datuk Syed Ahmad Syed Jamal adalah seorang pelukis tersohor di Malaysia. Beliau adalah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.



Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Mohd Noor dan mendapat dua orang anak lelaki.

Pendidikan

Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).

Kerjaya

Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.
Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.
Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.
Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga 1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga1991.

Anugerah

Pada 1995 ,beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis NegaraKuala Lumpur. Seterusnya dianugerah Seniman Negara.
Anugerah Syed Ahmad Jamal 1950 ‘Sultan Ibrahim Scholarship’ 1962 ‘Indian Council for Cultural Relations’ 1963-1964 ‘United State Department Award’ 1969 Ahli Mangku Negara 1970 ‘Alliance Francaise Medallion’ 1973 ‘East-West Centre Award’ 1983 Kesatria Mangku Negara 1984 ‘Australia Cultural Award’ 1987 ‘Cultural Award (Visual Art)’ 1995 Anugerah Seni Negara 1996 Panglima Jasa Negara 2005 Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2008-2009 Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

Jasa

Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.
Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang senantiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan 'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.
Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.

Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti kerajaan.

Meninggal dunia

Pada 30 Julai 2011, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun di rumahnya di GombakSelangor. Beliau meninggalkan isterinya Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki. Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak

Sumber info :

Hasil Karya














Gambar : Google

Refleksi



Ahad, 23 Mac 2014

Subhanallah


Lokasi : Rumah ke 2 Felda Soeharto
Bunga yang jarang kita lihat